Thursday 23 April 2015

Aktiviti sewaktu perbarisan pagi

Aktiviti pada setiap hari isnin iaitu aktiviti keugamaan

Aktiviti membaca buku bagi semua murid-murid pada setiap hari selasa dan rabu.


Aktiviti mempromosikan kesihatan yang di sampaikan oleh murid pada hari rabu.

Aktiviti kokurikulum (briskwalk) pada hari sabtu.

Aktiviti sekolah mempromosikan kesihatan

Program pemberusan gigi harian berflourida telah bermula pada 11hb Feb 2015. Aktiviti ini di jalankan setiap hari mulai jam 10.15 pagi hingga 10.30 pagi.




  
Taklimat Pengunaan Tandas Sekolah (Klinik Tandas) dan cara-cara mencuci tangan yang betul telah di sampaikan oleh Cikgu Hjh Norsiah dan Cikgu Hanisah pada 21hb Mac 2015 bagi semua murid-murid tahun 1 hingga 5 di dewan sekolah rendah pulaie.
 


 
 
 
 
Kempen permakanan buah-buahan pada 25hb Mac 2015 sewaktu rehat.
 

  

 
 




 


 
 
 


Wednesday 22 April 2015

Keberangkatan lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli ke Sekolah Rendah Pulaie

Pada 24 Januari 2015, KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Sekolah Rendah Pulaie.

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di Sekolah Rendah Pulaie dijunjung oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; dan Guru Besar Sekolah Rendah Pulaie, Cikgu Siti Hayon binti Haji Jumat.

Baginda berkenan melawat ke beberapa buah bilik darjah termasuk bilik perpustakaan, bilik - bilik ict, bilik science, bilik sena dan berkenan beramah mesra bersama murid-murid dan tenaga pengajar di sekolah ini.

Baginda juga berkenan menerima pesambah berupa potret wajah baginda hasil lukisan murid Tahun 5A, Awang Muhammad Izz Waldan bin Haji Mohd. Noor Irwan.

(Source: Pelita Brunei, Sabtu 24 Jan 2015)