Pada 24 Januari 2015, KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Sekolah Rendah Pulaie.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di Sekolah Rendah Pulaie dijunjung oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; dan Guru Besar Sekolah Rendah Pulaie, Cikgu Siti Hayon binti Haji Jumat.
Baginda berkenan melawat ke beberapa buah bilik darjah termasuk bilik perpustakaan, bilik - bilik ict, bilik science, bilik sena dan berkenan beramah mesra bersama murid-murid dan tenaga pengajar di sekolah ini.
Baginda juga berkenan menerima pesambah berupa potret wajah baginda hasil lukisan murid Tahun 5A, Awang Muhammad Izz Waldan bin Haji Mohd. Noor Irwan.
(Source: Pelita Brunei, Sabtu 24 Jan 2015)