Thursday 29 November 2012

Penyampaian Hadiah Akhir Tahun 2012

Penyampaian hadiah akhir tahun 2012 telah diadakan pada 27 November di Dewan Sekolah Rendah Pulaie. Majlis menjemput Ketua Kampong Pancha Delima / Kampong Anggerek Desa, Yang Mulia Haji Zulkifli bin Hj. Awg. Yaakub, bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-fatihah dan kata-kata Aluan dari Guru Besar Sekolah Rendah Pulaie, Cikgu Haji Umar bin Haji Muhammad. Majlis seterusnya menyampaikan hadiah bagi Graduation murid-murid Tahun Pra, hadiah Terbaik Akademik, hadiah Terbaik PSR Tahun 2012, hadiah Pencapaian Kokurikulum, hadiah Program Membaca Perpustakaan Sekolah, hadiah Kedatangan Terbaik dan Graduation murid-murid Tahun 6. Majlis diakhiri dengan berdikir bagi murid-murid Tahun 6 dan doa selamat. 

Wednesday 21 November 2012

Aerobik bagi Guru-Guru Sekolah Rendah Brunei IIA

Semua guru-guru dari Sekolah-sekolah Rendah Brunei IIA telah melakukan senam Aerobik sempena bagi mempromosikan kesihatan yang telah diadakan di Pusat Mempromosikan Kesihatan pada awal bulan November yang lalu.