Wednesday 9 May 2012

Global Action Week

Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei IIA telah mengadakan Sambutan "Global Action Week" untuk "Global Campaign for Education" bagi murid-murid Tahun Pra mulai 23 April 2012 hingga 28 April 2012 yang lalu. Cikgu Haji Umar bin Hj. Mohamad, Guru Besar Sekolah Rendah Pulaie telah merasmikan sambutan tersebut di Dewan Sekolah Rendah Pulaie. Majlis diteruskan dengan Penyampaian lencana kepada murid-murid tahun pra. Murid-murid tahun pra telah membuat aktiviti-aktiviti disepanjang hari sambutan tersebut. Aktiviti-aktivitinya adalah seperti permainan Datu Harimau, Congkak, Kayu tiga, Wahai nenek, Gatah, Kikik, Membuat kikik dan nyanyian. Murid-murid menyanyikan lagu kanak-kanak Brunei seperti Oh kanak-kanak, Pimping Unggat-Unggat, Cuk Kerapang dan Ambuk di Tunjang.