Wednesday 27 February 2013

Sambutan Hari Kebangsaan


Guru Besar menyampaikan bendera kecil kepada murid-murid rendah atas
 



Persembahan nyanyian sempena hari kebangsaan dari Tahun 5B


Murid Tahun Pra A menjawab soalan kuiz

Monday 18 February 2013

Kejohanan Bola Sepak


Sekolah Rendah Pulaie telah pun menjuarai Perlawanan Bola Sepak Liga Kumpulan bagi Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei IIA pada hari Sabtu lepas, 16 Februari 2013 yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Pulaie. Pada hari perlawanan tersebut, Pemangku Penolong Pengarah Daerah Zon Brunei IIA, Pengiran Othman bin Pengiran Karim dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Rendah, Kementerian Pendidikan telah pun dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana perlawanan tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.  Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 10 menjadi Naib Johan dan Sekolah Rendah Dato Marsal mendapat tempat ketiga.

 















Monday 11 February 2013

Pembukaan Bulan Akademik Bahasa Melayu

Bulan Akademik bermula pada bulan Februari yang mana dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Melayu. Pembukaan tersebut telah diadakan pada 9 Februari yang lalu di Dewan Sekolah Rendah Pulaie dan dirasmikan oleh Guru Besar, Cikgu Siti Hayon binti Hj. Jumat. Guru-guru yang terlibat terdiri guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu rendah bawah dan rendah atas. Pada pagi tersebut beberapa soalan diajukan kepada murid-murid mengikut kelas. Pemenang-pemenang menerima hadiah dihujung acara dan sesi bergambar bersama Guru Besar dan guru-guru Bahasa Melayu.