Thursday 29 November 2012

Penyampaian Hadiah Akhir Tahun 2012

Penyampaian hadiah akhir tahun 2012 telah diadakan pada 27 November di Dewan Sekolah Rendah Pulaie. Majlis menjemput Ketua Kampong Pancha Delima / Kampong Anggerek Desa, Yang Mulia Haji Zulkifli bin Hj. Awg. Yaakub, bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-fatihah dan kata-kata Aluan dari Guru Besar Sekolah Rendah Pulaie, Cikgu Haji Umar bin Haji Muhammad. Majlis seterusnya menyampaikan hadiah bagi Graduation murid-murid Tahun Pra, hadiah Terbaik Akademik, hadiah Terbaik PSR Tahun 2012, hadiah Pencapaian Kokurikulum, hadiah Program Membaca Perpustakaan Sekolah, hadiah Kedatangan Terbaik dan Graduation murid-murid Tahun 6. Majlis diakhiri dengan berdikir bagi murid-murid Tahun 6 dan doa selamat. 

Wednesday 21 November 2012

Aerobik bagi Guru-Guru Sekolah Rendah Brunei IIA

Semua guru-guru dari Sekolah-sekolah Rendah Brunei IIA telah melakukan senam Aerobik sempena bagi mempromosikan kesihatan yang telah diadakan di Pusat Mempromosikan Kesihatan pada awal bulan November yang lalu.




Tuesday 2 October 2012

Sambutan Hari Guru

Persembahan Lagu Hari Guru dari murid-murid Tahun 1

Suasana semasa sambutan hari guru

Hadiah Khas Hari Guru untuk Guru Besar

Hadiah Khas Hari Guru untuk Penolong Guru Besar

Guru-Guru Sekolah Rendah Pulaie Tahun 2012

Tuesday 28 August 2012

Salam Aidilfitri

Kami dari warga Sekolah Rendah Pulaie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. :)

Saturday 4 August 2012

ICT Pilot Projek

Sekolah Rendah Pulaie dan Sekolah Rendah Mata-Mata Gadong telah dipilih oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, bagi melaksanakan ICT Pilot Projek bagi mata pelajaran Bahasa English Tahun 3. Pembelajaran ini berjalan selama 8 minggu mulai 20 Jun 2012 hingga 8 Ogos 2012. Beberapa orang Pegawai dari Jabatan Perkembangan Kurikulum telah pun membuat lawatan kerja ke Sekolah Rendah Pulaie pada 18 dan 25 Julai yang lalu.











Tuesday 3 July 2012

CUBBOREE 2012

Seramai 30 orang pengakap tunas daripada Pasukan 1018 Sekolah Rendah Pulaie telah menyertai perkemahan Cubboree 2012 kali ke-3 yang bertempat di Perkemahan Pengakap Gadong. Perkemahan ini diadakan pada cuti sekolah penggal kedua yang lalu selama satu minggu.















Tuesday 19 June 2012

Sukan Ria

Sekolah Rendah Pulaie telah mengadakan Sukan Ria sebelum cuti sekolah penggal kedua bermula. Sukan ini diadakan bagi semua murid-murid dari tahun pra hingga tahun 6. Murid-murid dibahagi-bahagikan menjadi 4 kumpulan yang diberi nama sempena makanan melayu Brunei berserta dengan warna masing-masing yang terdiri daripada warna putih, hitam, kuning dan merah. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti memasukkan gula-gula ke dalam plastik, menyambung tali, meniup belon dan bermacam-macam lagi. Pemenang pertama telah disandang oleh kumpulan hitam.