Tuesday 19 June 2012

Sukan Ria

Sekolah Rendah Pulaie telah mengadakan Sukan Ria sebelum cuti sekolah penggal kedua bermula. Sukan ini diadakan bagi semua murid-murid dari tahun pra hingga tahun 6. Murid-murid dibahagi-bahagikan menjadi 4 kumpulan yang diberi nama sempena makanan melayu Brunei berserta dengan warna masing-masing yang terdiri daripada warna putih, hitam, kuning dan merah. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti memasukkan gula-gula ke dalam plastik, menyambung tali, meniup belon dan bermacam-macam lagi. Pemenang pertama telah disandang oleh kumpulan hitam.  













Tuesday 5 June 2012

Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei IIA

Pada hari Selasa 29 Mei 2012, Kejohanan Catur bagi Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei IIA telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Pulaie. Ak. Muhd Rafi' Hafizuddin bin Pg. Hj. Damit, wakil dari Sekolah Rendah Pulaie adalah salah seorang peserta yang menjuarai perlawanan catur tersebut.