Thursday 28 March 2013

Projek Rintis - iPad for Schools

Sekolah Rendah Pulaie telah dipilih bagi melaksanakan 'Projek Rintis- iPad for Schools' oleh Jabatan Perkembangan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Projek ini ialah salah satu bagi meningkatkan lagi mutu pelajaran murid-murid dengan pendedahan kepada penggunaan teknologi yang terkini. Sasaran projek ini adalah bagi guru-guru dan murid-murid Tahun 4 sahaja.
 
Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi, Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan telah pun menyerahkan iPad kepada 8 orang guru Tahun 4 Sekolah Rendah Pulaie pada 25 Mac 2013 di Bilik ICT. Setelah penyerahan tersebut, guru-guru diberi sedikit penerangan tentang projek tersebut dan seterusnya menjalani kursus selama 2 hari.



 

Monday 11 March 2013

Pelancaran Hari Air Sedunia



Guru Besar merasmikan pelancaran hari air sedunia



Cikgu Surayati menyampaikan slides tentang hari air sedunia